Kehidupan dan kerjaya Rafidah_Ibrahim

Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak bongsu daripada 12 beradik. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia hiburan tanah air pada 2007 selepas bakatnya dicungkil oleh sepupunya, penyanyi legenda Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi rancangan realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene yang bersiaran di TV3.[1] Sebagai pengacara TV, beliau pernah mengacarakan rancangan Riwayat Kamil untuk siaran di Astro Oasis. Pada 2009, beliau membuat penampilan drama pertamanya menerusi drama seram komedi E-Toyol.com yang mana beliau memegang watak sebagai Ustazah Sarah dan seterusnya bergandingan bersama Farid Kamil menerusi drama Epilog Syurga Cinta.[2][3]

Rafidah membuat penampilan filem cetera sulungnya menerusi filem Kongsi arahan Farid Kamil lakonan Shaheizy Sam. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang muzik apabila beliau berduet bersama AC Mizal dan kumpulan Stellar menerusi lagu "Apo Kono Eh Jang" yang asalnya dipopularkan oleh Ally Noor dan Mastura pada 1980an dan diberikan nafas baharu oleh Sheikh Qalam.[4]

Rujukan

WikiPedia: Rafidah_Ibrahim http://beautifulnara.com/gambar-feeda-rafidah-ibra... http://www.imdb.com/name/nm5177341/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://peraktoday.com.my/2013/07/hubungan-fida-ibr... http://www.sinarharian.com.my/fida-akui-rapat-deng... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/penjenamaan-... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/rafid...